Friday, March 30, 2012

Projek IBC baik pulih pertama. SETTLE

Phew, 2 minggu jugak untuk amatur macam aku ni selesaikan masalah IBC. Problem dia adalah signal-loss-law, senang cite coverage low. Kerja dengan bro mizi. Start hari pertama dh, xde dduk. investigate la trace la ape problem dlu.

Tukar connector la, tkar jumper cable la, tp tak ok ok mslhnye ni.Last2 saje la tukar right angle connector, and.......................... fucking shit its solve. My god..

HAhaha..so byk experience lah, mmg bguna utk projek lepas ni, di Midvalley and, got big projek with maxis, 18site....woooooo..so wish me luck!

Thursday, March 29, 2012

'Detektif Lim' dilepaskan tuduhan mencuri buku.


[Kosmo] PUTRAJAYA - Pelakon drama bersiri popular Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah kini bebas selepas Mahkamah Rayuan di sini semalam mengekalkan keputusan yang membebaskannya daripada dakwaan mencuri dua buah buku dari kedai buku MPH Bookstore, tiga tahun lalu.

Tiga anggota panel hakim yang dipengerusikan Datuk Abdul Malik Ishak, Datuk K. N. Segara dan Datuk Aziah Ali sebulat suara menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepaskan dan membebaskan pelakon yang lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama Gerak Khas.

Hakim Abdul Malik berkata, tidak terdapat bukti bahawa aktor berumur 46 tahun itu dilihat mengambil dua buah buku dari rak buku di kedai buku tersebut.

Beliau juga berkata, identiti buku didakwa Farid curi juga diragui kerana pegawai penyiasat tidak menyimpan buku dalam sampul surat di stor di pejabat polis sebaliknya mengembalikan buku tersebut kepada penyelia kedai buku itu.

Selain itu, hakim itu berkata, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH manakala beg sandang pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan.

"Berdasarkan alasan-alasan itu, mahkamah sebulat suara menolak rayuan pendakwaan. Ini bermakna keputusan Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kamu, Farid Hisham Wu Abdullah dilepaskan dan dibebaskan," kata Hakim Abdul Malik kepada Farid yang ketika itu kelihatan menangis.Detektif Lim menangis selepas menang kes


Berkaitan:

Detektif Lim menangis selepas menang kes

[Kosmo] PUTRAJAYA - Selepas tiga tahun menanggung malu kerana menghadapi tuduhan mencuri dua buah buku, Detektif Lim semalam menangis gembira sebaik mendengar keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskannya daripada dakwaan itu.

Pelakon drama Gerak Khas atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Wu Abdullah berkata, dengan keputusan itu, dia berharap orang ramai akan kembali yakin kepadanya.

"Paling penting, ibu bapa saya boleh tidur lena," katanya ketika ditemui di luar mahkamah semalam.

Menurut pelakon itu, pendapatan dan kredibilitinya terjejas berikutan kes itu sehingga dia terpaksa bekerja sebagai atendan pam di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka selama setahun kerana tidak mendapat sebarang tawaran kerja.

Bagaimanapun kata Farid, dia bernasib baik kerana selepas itu diambil bekerja sebagai penolong pengarah bagi program televisyen 26 siri Titisan Darah Pahlawan yang dijangka disiarkan pada Hari Kebangsaan ini.

Sementara itu, penerbit dan pengarah drama bersiri Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam berharap penerbit drama atau filem tempatan tidak menyisihkan Farid kerana dia terbukti tidak bersalah.

Beliau berkata, Farid perlu diberi ruang untuk kembali mewarnai dunia lakonan selepas ini.

"Saya harap penerbit drama dan filem tidak merekodkan perkara ini atau terus memberi tanggapan negatif kerana setiap yang berlaku mempunyai hikmah," kata beliau ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Yusof berkata, beliau sendiri memberi peluang kepada Farid dengan mengambilnya bekerja di belakang tabir selepas direhatkan daripada berlakon dalam drama Gerak Khas.

Tuesday, March 27, 2012

Gundah Gulana rasa sekarang!

Sekarang masa dilema, macam-macam masalah datang. yang paling membimbangkan adalah masalah ape lagi, kewangan. Aduhh, sakit kepala memikirkan benda ni. Tak tahu macamana nak selesaikan. Nak dikongsi dengan kawan rapat?i dont have it! . .

Dengan segala kekuatan mental dan emosi. Semoga dapat selesaikan ia juga.

Tapi, dalam kepala ni asik pikir satu benda, HOW TO GET A SIMPLY BETTER LIFE. to move from this dark part. Ada juga cubaan nak overcome masalah ni, beli buku motivasi, tapi ia umpama kata-kata sahaja, yang paling penting adalah diri kita untuk berubah.

Guys, doakan kebahgiaan saya. AMIN

Saturday, March 17, 2012

Saya semakin sibuk-tetapi suka

Salam,

KENAPA YA?, ni sume psl kerja sebenarnya.penat.tapi suka.suka la sebab takdela tertekan dgn bebanan kerja, cuma badan ni tidak boleh 100% adapt new workscope.haaa..dduk bwk maintenance utk IBC, memang mencabar, perlu betul-betul lihat+tanya+fokus.


Sume operator la terlibat, sonang ajo la. antara telco yang mudah...hehehehe

So progress diri saya tentang kerja skrg, 50% saya menguasai, itu pendapat saya la. So hope lepas ni byk lg yang dapat saya terima. Wassalam!